Punca Masalah Lutut (Part 2)

Artikel ini adalah bahagian kedua kepada topik punca-punca masalah lutut. 

Baca bahagian pertama di sini.

Sakit lutut boleh dikategorikan sebagai sakit sendi. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja, tua atau muda. Walaupun sakit pada bahagian sendi ini adalah masalah biasa yang berlaku kepada orang dewasa di serata dunia, adakalanya ia boleh menjadi petanda kepada gejala penyakit yang lebih serius. 

#1 – Penyakit Lupus

Penyakit lupus atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai Sistemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik autoimun di mana sistem tubuh seseorang menyerang sel atau tisu badannya sendiri.

Sistem imun tubuh berfungsi melindungi tubuh daripada ancaman yang boleh membahayakan badan seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus. Tetapi, apabila sistem imun tubuh gagal membezakan sel atau tisu badan dan menganggapnya sebagai benda asing, ia boleh menyerang pelbagai organ serta tisu badan. Keadaan inilah yang dipanggil sebagai autoimun.

Jadi apa kaitan penyakit lupus dengan sakit lutut?

Sakit sendi adalah salah satu tanda-tanda seseorang mungkin menghidap penyakit lupus kerana penyakit lupus akan menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan, termasuklah sendi.

#2 – Tumor

Dari segi bahasa, perkataan tumor berasal dari bahasa Latin yang bermaksud to swell, bengkak atau ketumbuhan. Dalam ilmu perubatan pula, tumor berlaku apabila sel berkembang biak tanpa kawalan atau keperluan sehingga terkumpul dan menghasilkan ketumbuhan. Ia berlaku disebabkan mutasi pada DNA sel terbabit. Setiap sel berpotensi membentuk tumor.

Ketumbuhan boleh menyebabkan sakit lutut dan menggangu aktiviti seharian.

#3 – Kanser Tulang

Kanser tulang terbahagi kepada dua, kanser tulang primer dan kanser tulang sekunder. Kanser tulang primer berpunca dari tulang sementara kanser tulang sekunder berpunca daripada organ-organ lain dan kemudiannya merebak ke tulang.

Apa beza di antara tumor dan kanser? Bukankah sama saja?

Sebenarnya tumor dan kanser adalah berbeza.

Tumor berlaku apabila luka atau ketulan terbentuk dalam badan disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak normal. Manakala kanser pula adalah pertumbuhan sel yang tidak terkawal kemudian merebak ke bahagian badan yang lain. Kedua-duanya boleh dikesan dengan imbassan MRI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top