Bagaimana Sakit Lutut Terjadi?

Masalah sakit lutut adalah masalah kesihatan yang dialami oleh ramai orang. Tidak kira orang muda ataupun tua, sakit lutut sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. 

Bagaimana masalah sakit lutut boleh terjadi?

Masalah sakit lutut ini selalunya disebabkan oleh kerosakan pada struktur di bahagian lutut seperti:

  • Ligamen
  • Tendon
  • Tisu rawan
  • Tulang

Ligamen?! Tendon?! Tisu rawan?!

Kami faham, anda tidak biasa dan tidak faham dengan istilah-istilah ini. Jangan risau. Kami akan terangkan satu-persatu kepada anda.

Menurut educalingo:

Ligamen adalah tisu berserat yang menghubungkan sesama tulang. 

Tendon adalah seturus tisu serat penghubung keras yang biasanya menghubungkan otot dengan tulang serta mampu menahan ketegangan.

Tisu rawan adalah tisu penghubung lentur yang terdapat di pelbagai anggota badan manusia berfungsi menyerap hentakan.

Semakin keliru? 

Tidak mengapa, kita cuba lagi. 

Dalam bahasa mudah:

Ligamen = menyambungkan tulang dengan tulang

Tendon = menyambungkan otot dengan tulang

Tulang rawan = bertindak seperti kusyen melindungi sendi.

Masih kurang jelas?

Baik, kita cuba guna gambarajah anatomi lutut pula.

Sekarang sudah jelas, betul?

Berbalik semula kepada masalah sakit lutut.

Sakit lutut adalah masalah biasa yang berpunca daripada kerosakan pada mana-mana struktur di bahagian lutut seperti femur, tibia, fibula, patella, ligamen, tendon dan tulang rawan lutut.

Femur = Tulang paha

Fibula = Tulang betis

Tibia = Tulang kering

Patella = Tempurung lutut

Kerosakan pada otot-otot di sekeliling lutut juga boleh menyebabkan masalah sakit lutut. Walaupun secara amnya senama adalah bagus untuk kesihatan badan, namun senaman yang melibatkan pergerakan kaki dan lutut tidak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sakit lutut kerana ia boleh membuatkan masalah lutut bertambah teruk.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top